Tergedik-gedik di depan lelaki, perasan cantik dan
berlakon ala wanita sopan. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah
meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka
kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki
meluat!
1. Angkuh & Materialistik
Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak
datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya
sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang
disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak
ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut.
Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan
dan berdikarilah sendiri.
2. Pasif Luar Biasa
Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga
diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala
lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu
perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.
3. Queen Control
Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah
hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu
perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua
manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan
rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan
menjadi queen control yang terlampau!
4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri
“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap
kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si
jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering
merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau
setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri
kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.soalan
tadi kepada si dia.
5. Membebel &Mengeluh
Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu
telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga.
Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak
kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan
berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita
berpisah”.
6. Terlebih Berdandan
Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki
kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara
keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke
sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang
mereka inginkan.
7. Bercerita Tentang Lelaki Lain
Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di
hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat
dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak
memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.